My Life Without You

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
What Goes Around .. Comes Around . :)

06 August 2010

25 PerkARa PaTuT bERsYUKuR

1.masih mempunyai keluarga dan bukannya anak yatim piatu yang terbiar tanpa arah tuju

2.sihat dan tidak perlu bayar untuk bernafas-percuma

3.tidak perlu tidur beralaskan bumi berlangit bintang

4.masih boleh mendemgar muzik,menghidu bau makanan yang sedap-sedap dan bergosip

5.ada kawan untuk di ajak makan bersama dan dihubungi ketika bosan

6.berkesempatan untuk pergi ke sekolah.biarpun penat belajar tapi mengundang kesenangan pada masa akan datang kelak.

7.masih mampu ketawa menonton filem komedi

8.menangis saat melihat sesuatu yg mengharukan biarpun tidak ada apa2 hubungan dengan diri ini jelas membuktikan diri ini manusia yg ada perasaan.

9.mampu membeli hadiah kepada teman,keluarga dan kekasih:)

10.ingin melihat filem bagus cuma tinggal pergi sahaj di pawagam,ingin tengok konsert artis idola tinggal beli tiket sahaja dan masuk sahaja ke konsert
11.boleh membaca dan bayangkan berapa banyak ilmu yang dapat dari membaca

12.terasa ingin makan makanan jepun,italy,cina atau apa sahaja pergi ke restoran terdekat yang bersepah terdapat di bandaraya KL.

13.HIDUP DI NEGARA BEBAS PERANG ! ALHAMDULILLAH

14.terima kasih kepada teknologi canggih yang membuatkan hidup menjadi mudah

15.punya bakat tertentu-terima kaseh :)

16.bebas memakai apa sahaja mengikut cita rasa dan keinginan . .

17.dalam dunia ini takde orang yang menyerupai diriku walaupun ada yang mirip2 kan

18.mampu melancong ke negara orang jika ada kesempatan waktu dan wang . wah !

19.mampu membuat orang lain ketawa .ye . saya sangat gila2 walau pada hakikatnya ramai yang beranggapan diri saya sangat2 sombong jika tidak kenal saya dengan lebih rapat.

20.masih hidup hingga hari ini.alhamdulillah jika ajal tuhan ambil nyawa saya.sedekahkanlah al-fatihah dan ziarahilah kubur saya:)

21.masih ada tempat untuk mengadu masalah serta kesedihan yang di hadapi

22.bagaimana 'pokai' sekalipun saya masih mampu ada makanan untuk makan seperti contoh maggi ^_^ walaupun tak baik untuk kesihatan

23.boleh mendengar lagu sesuka hati dan lagu kegemaran berulang kali dengan muat turun sahaja dan boleh mendengarnya berulang2 kali sampai lebam

24.setiap kali melakukan kesalahan pasti akan ada yang sedia untuk membetulkan kerana tidak mahu diri ini terus tersungkur atas kesalahan yang dilakukan.

25.bebas memiliki apa yang diinginkan dalam hidup asalkan rajin dan berusaha keras mendapatkannya..
*kepada orang yang teristimewa : terima kasih kerana sudi melayan kerenah , menyayangi diri ini , mencintai diri ini dan menerima diri ini seadanya. i really2 appreaciatte it.harap relation kita berkekalan sampai bila2.